Ramadhan tahun ini 2010 bersamaan 1431h amat bermakna buat jemaah masjid Salahuddin Al-Ayubi kerana
dihadiri seorang Imam masjid Al-Azhar Mesir pada 24/08/2010 Syeikh Ashraf merupakan salah seorang dari Imam masjid Al-Azhar itu begitu gembira bila menyampaikan tazkirah dan mengimani solat insyak dan terawih di masjid salahuddin Al-Ayubi dengan kehadiran jemaah yang ramai.Banyak pesanan atau peringatan yang disampaikan kepada jemaah yang hadir.Selain itu beliau sempat membetulkan Surah Al-Fatihah dan memberikan sanad kepada semua jemaah yang hadir pada malam itu.Pihak Ajk masjid amat bersyukur kerana Allah telah menghantar seorang ulamak yang dapat memberi tazkirah dan mengimani solat terawih kepada para jemaah masjid salahuddin al-ayubi. Label: AKTIVITI, BERITA
Responses
0 Respones to "Kehadiran Imam Masjid Al-Azhar (Syeikh Ashraf Hamid Hasanain al-Ja'fari)"
Catat Ulasan